APA ITU LESEN BOMBA PEMADAM API?
Lesen Bomba Pemadam Api (barcode sticker) adalah pelekat yang dilekatkan pada alat pemadam api yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Setiap alat pemadam api perlu diperiksa oleh pegawai Bomba di balai sebelum barcode sticker dikeluarkan.
Barcode sticker akan dikeluarkan ke atas alat pemadam api yang telah diluluskan.
Premis perniagaan diwajibkan untuk menyediakan alat pemadam api dengan sijil lesen bomba (barcode sticker). Hanya syarikat kompeten (authorized by Bomba) yang boleh mengeluarkan sijil lesen bomba ini untuk alat pemadam api anda.
PENDAFTARAN LESEN BOMBA BARU
- Lesen Bomba baru akan dikeluarkan untuk alat pemadam api baharu yang tertera maklumat lokasi, tarikh luput dan nombor siri.
PEMBAHARUAN LESEN BOMBA SEDIA ADA
- Pembaharuan Lesen Bomba dikeluarkan setiap tahun oleh Bomba. Alat pemadam api perlu diservis oleh syarikat kompeten dan alat pemadam api yang telah diselenggara perlu diperiksa oleh pegawai bomba sebelum lesen dikeluarkan.
Mengapa Alat Pemadam Api Perlu Diservis Secara Berkala Untuk Perbaharui Sijil Lesen Bomba?
Penyelenggaraan alat pemadam api amat penting bukan sahaja sebagai keperluan undang-undang tetapi ia berperanan penting untuk memastikan alat pemadam api dalam kondisi yang terbaik sepanjang masa terutama dalam situasi paling diperlukan semasa kebakaran seterusnya menyelamatkan nyawa, premis dan harta benda.
Mengikut Seksyen 29 (5) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), adalah wajib bagi pemilik perniagaan untuk melengkapkan lot kedai/bangunan premis mereka dengan peralatan keselamatan kebakaran yang diservis setiap tahun. Jika anda teragak-agak untuk servis alat pemadam api di premis anda, berikut adalah beberapa sebab mengapa ia perlu di servis secara berkala:
- Potensi debu kering ABC menjadi keras berketul.
- Sesetengah mungkin memerlukan pengisian semula gas nitrogen sama ada terdapat kebocoran atau telah digunakan.
- Potensi hos tersumbat.
- Penukaran aksesori yang kondisinya kurang baik.
BAGAIMANA CARA MEMBUAT TEMPAHAN UNTUK PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API?
- Hubungi kami dan nyatakan jenis serta kuantiti alat pemadam api yang ingin diselenggara.
- Untuk servis penyelenggaraan unit alat pemadam api, bayaran pendahuluan deposit tidak diperlukan.
- Pengambilan dan pemulangan semula alat pemadam api disediakan oleh pihak kami.
- Seterusnya, unit standby alat pemadam api akan kami sediakan sementara dalam tempoh alat pemadam api anda diservis.
- Tempoh siap servis dan renew bomba license certificate alat pemadam api mengambil masa dalam tempoh 1-10 hari bekerja.
HUBUNGI KAMI
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan servis penyelenggaraan alat pemadam api, boleh hubungi kami di talian 03-3191 4093. Selain itu, anda boleh juga menghantar pesanan mesej whatsapp kepada kami di talian 018-780 6454.
Untuk mendapatkan Quotation sila klik button “Minta Sebutharga” atau jika ingin Custom Quotation, sila email kami.